10 April 2011 - 19:30

Masyarakat Kristian Pakistan memprotes pembakaran kitab suci umat Islam oleh seorang paderi Amerika

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Masyarakat Kristian dari berbagai pelusuk kota Lahore Pakistan menunjukkan solidariti mereka dengan dunia Islam dengan mengecam pembakaran Al-Quran, menurut laporan Press TV kelmarin.

Penunjuk perasaan berkata tindakan Pastor Wayne Sapp membakar al-Quran merupakan percubaan menyalakan api perselisihan Muslim dan Kristian. Mereka turut mendesak kerajaan Pakistan mengambil tindakan terhadap insiden ini dan menyeru pemerintah Amerika menghalang rakyatnya dari melakukan perkara demikian.

Pada 20 Mac lalu, Sapp membakar senaskah al-Quran sambil diperhati oleh Terry Jones, seorang pendita yang pernah dikecam hebat kerana ingin memperingati peristiwa 11 September dengan cara membakar Al-Quran.“Kami benar-benar mengecam, kerana ia meningkatkan diskriminasi di kalangan masyarakat yang menganut berbagai agama”, kata pengerusi Chairwoman of Christian Progressive Movement, Nalla J.Dayal

Pemimpin Kristian tersebut menambah, perbuatan Sapp membakar Al-Quran menunjukkan ia tidak menganut sebarang agama. Selain itu Sapp juga telah dianggap meletakkan masyarakat Kristian di Pakistan berada dalam situasi bahaya. Meskipun begitu, kerajaan Pakistan berkata, ia cuba memastikan keselamatan dan hak golongan minoriti dalam negara itu.

Pembakaran Al-Quran baru-baru ini mencetuskan protes di seluruh dunia Islam.